Rahsia di Sebalik Bulan Rejab Yang Mulia

15 June 2010

 PENTAKRIFAN REJAB

Bulan REJAB adalah bulan ketujuh daripada tahun Qamariah. Dinamakan REJAB kerana bulan ini sangat dimuliakan pada Zaman Jahiliyah. Dari segi bahasa, REJAB membawa maksud kebesaran, keagungan dan kemuliaan. Tiga huruf ejaan REJAB pula dapat di kaitkan dengan 3 pengertian iaitu :

1- Huruf (ر) adalah رحمة yang bererti RAHMAT (sifat kasihan belas) Allah SWT ke atas umat Nabi  Muhammad SAW kerana telah menerima permintaan Baginda SAW agar dikurangkan jumlah solat fardhu daripada 50 kali kepada 5 kali sahaja.

2- Huruf (ج) adalah جودة yang bererti betapa pemurahnya Allah SWT yang telah memberikan pahala untuk    5 kali solat setiap hari bersamaan pahala 50 kali solat.

3- Huruf (ب) adalah بر yang bererti kebaikan dan kebajikan yang di lakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah SWT.

KELEBIHAN BULAN REJAB

1- Malam awal REJAB adalahdi antara malam yang dimustajabkan doa oleh Allah SWT.

2- Orang yang memuliakan bulan REJAB akan dimuliakan Allah SWT pada Hari Kiamat.

3- Bulan REJAB adalah bulan Allah SWT, manakala bulan Sya'ban adalah bulan Nabi SAW
dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam.

4- Beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 70 kali atau 100 kali pada waktu pagi dan petang dalam bulan REJAB akan diharamkan tubuhnya daripada api Neraka.

5- Puasa sehari pada bulan REJAB seperti mengerjakan ibadat seumur hidup dan berpuasa pada 27 REJAB seperti berpuasa 60 hari pahalanya. Jika disertakan  dengan sedekah pula, pahalanya seperti berpuasa 1000 tahun.

6- Barangsiapa yang melapangkan seseorang Mukmin daripada kesusahan pada bulan REJAB akan dikurniakan mahligai yang besar di dalam Syurga Firdaus.

7- Sesiapa yang menghidupkan malam pertama pada bulan REJAB untuk melakukan ibadah nescaya hatinya tidak mati ketika hati orang lain mati.Allah SWT melimpahkan kebaikan yang banyak dari arah kepalanya bahkan dibersihkan daripada dosa seumpama ia dilahirkan dan dia boleh memberi syafaat kepada 70 000 orang yang berdosa yang sepatutnya ke dalam Neraka oleh Allah SWT.

8- Berpuasa 1 hari dalam bulan ini akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT,
berpuasa 2 hari akan mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT,
berpuasa 3 hari akan diselamatkan daripada bahaya dunia dan akhirat serta selamat daripada
penyakit gila dan fitnah syaitan dan Dajjal,
berpuasa 7 hari ditutup pintu Neraka,
berpuasa 8 hari akan dibuka lapan pintu Syurga,
berpuasa 10 hari akan makbul permintaannya,
berpuasa 15 hari Allah SWT akan memadamkan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan dan
orang yang berpuasa sebulan di bulan REJAB wajib baginya pengampunan dosa yang lalu, dipeliharakan umurnya berbaki yang berbaki oleh Allah SWT dan terlepas daripada dahaga pada Hari Kiamat.

9- Siapa yang bersedekah pada bulan REJAB akan dituliskan bagi setiap helaian bulu romanya 1000 kebajikan dan diangkat 1000 darjat serta dihapuskan 1000 kejahatan.
Wallahua'lam...

PERISTIWA DI BULAN REJAB

1- Peristiwa Israk dan Mikraj

Peristiwa ini yang berlaku pada 26 atau 27 REJAB. Dalam peristiwa inilah solat  5 waktu disyariatkan ke atas Nabi SAW dan umat Islam.

2- Peristiwa Peperangan Tabuk

Peperangan ini berlaku pada bulan REJAB tahun ke-9 Hijrah bersamaan dengan 631 Masihi.
Ia merupakan peperangan terakhir yang dihasilkan oleh Rasulullah SAW.

Peperangan ini juga dipanggil 'Ghazwatul Asrah', Ia berpunca apabila Raja Heraculis mempersiapkan tentera-tenteranya yang begitu ramai di Syam untuk berhadapan dengan tentera Islam. Beberapa kabilah Arab yang beragama Nasrani turut bergabung di dalam pasukan tentera musuh iaitu Kabilah Lakham, Jazam, Ghassan dan Amalah. Barisan mereka mengambil tempat di Balqa' iaitu sebuah perkampungan kecil dalam wilayah Damsyik yang terletak di antara Syam dan Wardi Qurra.

Apabila berita tersebut sampai kepada Rasulullah SAW, Baginda SAW menghantar bala tenteranya berjumlah seramai 30 000 orang tentera pejalan kaki dan 10 000 tentera berkuda ke Tabuk yang terletak di antara Hijaz dan Syam, di samping menyeru umat Islam supaya mengorbankan harta benda demi kemenangan Islam.

Maka datanglah Saidina Abu Bakar RA menyerahkan semua hartanya yang berjumlah 40 000
dirham.Saidina Umar RA pula menyerahkan separuh hartanya, manakala Saidina Uthman RA
menyerahkan hartanya yang banyak sehingga mampu membiyayai sepertiga daripada keperluan tenteranya.

Para munafiqin seramai 80 orang tidak menyertai pasukan Rasulullah SAW, manakala ada sebilangan orang Arab lain pula menyatakan keuzuran mereka tanpa alasan sebenar bertujuan untuk mengelak diri. Pun begitu keuzuran mereka di terima Rasulullah SAW.

Sumber : Panduan Lengkap Kehidupan Seorang Muslim (m/s 111-114)

0 comments:

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP