Mandian Sauna :

03 January 2010

       Sauna merupakan salah satu perubatan tradisional yang telah di kenali sejak berabad lamanya.Di ambil dari bahasa Finland yang membawa maksud "wap air". Finland merupakan negara yang paling popular dalam penggunaan sauna dan juga merupakan negara asal yang mencipta kaedah perubatan sauna.Terdapat banyak pondok kecil yang mana ianya merupakan rumah mandian sauna sehingga mandian ini di jadikan pertandingan bagi siapa yang mampu bertahan duduk lama di dalam rumah sauna.


       Tetapi penulis lebih kuat berpendapat bahawa mandian wap bermula di Mesir iaitu Hamam Firaun. Kewujudan hamam dan pengeluaran wap air secara semulajadi hasil daripada kesan air panas di dalam gua tersebut. Raja Firaun Laknatullah menjadikan hamam itu untuk tujuan perubatan dan kesihatan.Sedangkan pada hayatnya beliau telah mengaku sebagai Tuhan Palsu dan tidak mempunyai sebarang penyakit walau kecil sekalipun.Tetapi segalanya hanyalah dusta dengan penemuan hamam ini yang merupakan tempat perubatan rahsia beliau.
Fakta ini jelas bahawa hamam terbentuk secara semulajadi dan ianya milik Raja Firaun laknatullah sejak beribu tahun sebelum masihi.

        Jika dilihat secara umum, kaeadah perubatan menggunakan wap telah banyak di gunakan di seluruh benua hanya bentuk dan cara penggunaan yang membezakan.Sistem sauna daripada negara Finland merupakan kaedah yang kini di modenkan dari bentuk pondok kecil kemudian di komersialkan dengan beg mengikut paras seseorang duduk sama ada daripada kain atau getah.

        Perkhidmatan mandian sauna yang penulis promosikan ini merupakan mandian yang dicampurkan sedikit herba berkhasiat mengikut penyakit atau kehendak pelanggan.Asas mandian sauna adalah untuk mengeluarkan peluh yang banyak (bersamanya akan keluar toksid dalam badan) dan menguatkan denyutan jantung (memudahkan pelancaran darah ke seluruh tubuh) kesan keduanya daripada wap air yang panas. 

Jenis mandian yang di sediakan :
1  Mandi Toxid
2  Mandi Wangi

Apakah kelebihan dan faedah mandian wap :

1  Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat,sendi dan sengal-sengal
    tulang.
2  Meningkatkan sistem imunisasi badan.
3  Menstabilkan tekanan darah yang rendah dengan memastikan perjalanan
    darah menjadi lancar untuk menyampaikan oksigen ke seluruh badan
    disamping berkeupayaan membakar kalori yang banyak.
4  Mengeluarkan toksid yang terkandung padanya penyakit.

Kaedah rawatan secara ringkas :

1  Pesakit akan menerangkan masalah kesihatan yang di hadapi.
2  Setelah mengetahui penyakit dan membuat pilihan jenis mandian,
    pesakit akan dimasukkan ke dalam beg khas.
3  Setiap rawatan akan memakan masa di antara 20-40 m sahaja.
4  Apabila selesai mandian, pesakit akan merasai perubahan yang
    ketara berbanding sebelumnya.

Kesan yang berlaku semasa mandian :

1  Tubuh akan mula mengeluarkan peluh apabila minit ke 5-10.
2  Bagi sebahagian pesakit akan terasa mual,loya serta pening
    kepala bergantung pada ketahanan individu pada minit ke 15-20.
3  Kebiasaan pesakit akan terasa keletihan dan lesu umpama membuat
    dua pusingan padang pada minit ke 25-30.
4  Pesakit akan diberi masa 5 minit sebelum keluar dari beg mandian
    untuk berehat dan membersihkan tubuh yang berpeluh.
5  Setelah selesai sepenuhnya mandian sauna,pesakit akan mandi seperti
    biasa  dengan air yang dicampur sedikit limau.
6  Segala kesan sampingan semasa mandian wap bergantung kepada
    masalah kesihatan pesakit.
7  Keadaan pesakit akan kembali setabil selepas 5-15 minit berehat.

     Mandian sauna tidaklah tertumpu kepada mereka yang mempunyai penyakit,sesiapasahaja boleh mencuba lebih-lebih negara yang sejuk bagi menstabilkan suhu badan.Pengenalan ringkas mandian ini hanyalah sebagai perubatan tradisional, sekiranya penyakit  tidak berkurang maka perlulah mendapatkan rawatan hospital yang lebih pakar.


nantikan tambahan info mengenai mandian sauna...

Sumber :
1- Hasil pembelajaran dengan Ustaz Roslan.
2- Kajian sendiri.

0 comments:

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP