Tahukah anda mengenai Facebook ?

03 January 2010



     Facebook merupakan rangkaian laman web sosial yang berfungsi dengan mengetahui indentiti pemilik akaun, pengguna boleh menambah seberapa banyak kenalan dan menghantar pesanan serta mengemaskini indentiti profil untuk di paparkan kepada kenalan yang lain.Kelelebihan facebook juga,pengguna boleh mengikuti pelbagai rangkaian organisasi dalam negeri,tempat kerja,sekolah dan segala aktiviti.

     Nama facebook ini diambil daripada nama sebuah buku bahasa perbualan harian yang diberi kepada kemasukan pelajar pertama oleh pengurusan universiti bagi membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat yang lebih berkaitan universiti.
 

     Mark Zuckerberg dilahirkan pada 14 May 1984 dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County,New York.merupakan pengasas facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga ketua eksekutif facebook dan berkuasa penuh ke
atas segala bentuk perjalanan di dalam sistem facebook.

     Pada 4 Feb 2004 beliau mula mendapat idea membina laman ini setelah tertarik melihat sebuah buku yang terkandung padanya semua foto pelajar kolej bersama identitinya, bermula dari itu beliau terfikir untuk membina rangkaian laman web bagi mengumpulkan semua rakannya dan memudahkan sesama mereka saling berhubungan serta berkongsi gambar. Tugas tersebut mendapat bantuan teman sebiliknya serta pelajar sains komputer iaitu Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz and Chris Hughes yang merupakan pelajar Harvard University.
 
     Pada permulaannya ia hanya tertumpu kepada semua pelajar Harvard sahaja tetapi ianya telah berkembang ke kolej yang lain di kawasan the Boston area, the Ivy League, and Stanford University.Tidak lama kemudian ia berkembang lagi ke universiti yang lain kemudian sekolah menengah dan akhirnya kepada semua orang yang yang berumur 13 tahun dan keatas..

     Penggunaan laman web di internet keseluruhannya adalah mencecah 350 million pengguna yang aktif seluruh dunia. Facebook juga telah menimbulkan kontroversi dan mengakibatkan ianya terhalang dari dijadikan markas untuk beberapa buah negara seperti Syiria,China,Vietnam dan iran.Ia juga telah banyak menghentikan perkidmatan kepada individu atau organisasi tempat yang cuba menggunakan untuk kepentingan sendiri.Facebook bertanggungjawab bagi menyembunyikan indentiti mengikut ketetapan pengguna daripada di ketahui pengguna yang lain.Ianya mengikut syarat yang ditetapkan dengan persetujuan pengguna mengikut kata kunci rahsia bagi mengelakkan perbalahan antara pengguna.


     Palo Alto, ibu pejabat Facebook yang pertama di California ditubuhkan pada 2004.Pengguna Facebook  begitu pantas dengan meningkat kepada 250 juta orang pada masa kini.januari 2009 Facebook telah mengalahkan MySpace yang dimiliki oleh News Corporation dan laman web sosial yang lain.


     Pada Julai 2009, syarikat Internet Rusia menawarkan AS$100 juta (RM358 juta) untuk membeli saham daripada pekerja-pekerja Facebook.Syarikat Rusia itu, Digital Sky Technologies (DST) itu melabur sebanyak AS$200 juta (RM716 juta) ke atas Facebook pada Mei 2009 dan menawarkan sebanyak AS$14.77 juta (RM52.8 juta) untuk satu unit saham biasa Facebook.

  
     Syarikat gergasi perisian komputer Amerika Syarikat, Microsoft telah membeli 1.6 % dalam Facebook bernilai AS$240 juta (RM859 juta) pada 2007.


Mari kita fikirkan :

    Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia pada ketika itu dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
 
    Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

     Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Mark Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara tokoh paling berpengaruh dunia 2008?, iaitu sebaris dengan nama besar
Barrack Obama dan Dalai Lama?

      Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

  Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi) ?


Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai,etika dan menyiapkan peserta untuk menjadi  pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang menaikkan namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel.
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC,Hillel, Israel on Campus Coalition,Aish HaTorah,Chabad on Campus,Hasbara Fellowships,B’inai Brith International,Shaare Zedek,Chai Lifeline,Holocaust Museum,dan Gift of Life . (AEPI)

   Dan tahukah anda keuntungan Facebook setiap hari bagi iklan seperti google ads adalah USD1 juta dan dari mana mereka mendapat keuntungan sebegitu banyak? semuanya dari rakyat Malaysia yang menyokong Facebook keranasetiap kali kita login atau klik pada mana-mana page di FB akan terhasillah satu ‘unique IP impression' di mana impression inilah yang akan menghasilkan pendapatan kepada Facebook.

   Apakah anda percaya bahawa ianya bukan di miliki orang perseorangan… tetapi ianya dibangunkan oleh CIA beberapa orang programmer lain pun andaikan ianya dimiliki oleh CIA.Siapa tidak tahu CIA merupakan
sebuah senjata perisikan sulit gergasi yang mampu mencari segala maklumat lengkap di seluruh dunia bagi kepentingan USA.

   Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza,Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?


   Kalian Masih Nak Guna Facebook Semata Mata Untuk Usha Awek2 Cun?!! Fikirkanlah.
   Setiap Sen Yang Kita Berikan Pada Mereka Akan Mengalirkan Darah Saudara Kita Setitik.

    Antara kebaikan dan keburukan facebook :

Kebaikan   - mudah mencari teman lama
               - terdapat chatting, messaging dan coment secara online
               - rangkaian  organisasi yang sentiasa update info mengenainya
Keburukan - tiada had untuk bekenalan
               - sesiapa mampu memaparkan dan berkongsi gambar
               - kebanyakan orang bukan islam banyak memaparkan gambar lucah
               - terdapat link yg menyambungkn ke video lucah tanpa batasan
               - banyak menghabiskn masa utk mendapatkn point dalam game

     Begitu jelas bahawa keburukan itu lebih dahsyat berbanding kebaikan yang
mana kita mampu gunakan pada web yang lebih terpelihara atau islamic.
               
      Dengan ini penulis mengharap kepada mana-mana penggemar Facebook supaya berubah angin.Terdapat laman web social networking yang menggunakan aplikasi lebih kurang sama seperti Facebook atau laman yang lebih ilmiah.Tujuan mereka adalah supaya lebih ramai rakyat malaysia di seluruh dunia menyertainya. Web tersebut adalah hasil ciptaan dan karya anak tempatan kita dan mereka mengalu-alukan kehadiran anda semua disana.

Antaranya (anda boleh pilih dan klik) :

     http://www.iuneety.com
     http://www.jiwang.org


     http://www.iluvislam.com
      http://www.ukhwah.com

Semoga kita sentiasa menggunakan internet ke arah kebaikan...

Sumber :
1- E-mail dari sahabat.
2- Wikipedia.
3- Bacaan blog.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Diasaskan     Cambridge,Massachusetts,USA
Ibu pejabat    Palo Alto, California
                     Dublin, Ireland (markas
                     antarabangsa bagi Eropah,
                     Afrika dan Timur Tengah)
                     Seoul, Korea Selatan (markas
                     antarabangsa bagi Asia)
Pengendali     Mark Zuckerberg, Pengasas
                     dan CEO
                      Dustin Moskovitz,
                      Co-Pengasas
                      Sheryl Sandberg, COO
                      Matt Cohler, VP bagi
                      pengurusan produk
                      Chris Hughes, Co-Pengasas
Hasil              300 million USD (2008 est.)
Pekerja          900+
Laman web     www.facebook.com
Perkhidmatan  khidmat rangkaian sosial
Mengiklankan  Banner ads,merujuk pemasaran
Pendaftaran       Terbuka
Antara tersedia  Afrikaans, Albanian, Arabic, Azeri, Basque, Bengali,
                        Catalan, Chinese (simplified),Chinese (Hong Kong),
                        Chinese (Taiwan), Croatian, Czezh,Danish, Dutch,
                        English(UK), English (US), English (Pirate), English
                        (Upside down),Esperanto, Estonian, Faroese, Filipino,
                        Finnish, French (Canada),French(France).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

Anonymous said...

salam alaik....ter tarik ngan entry ni...thanxs yar...

blogspot n google pun sama juga citenya...

hmmmm....

Anonymous said...

salam.....

support lah web anak tempatan kita seperti di www.iuneety.com

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP