Demi cintaMU padaku...
30 December 2009
Ramai yang tertanya-tanya, kenapa penulis meletakkan "demi cintaMU padaku"?
Sedangkan pada kebiasaannya apabila seseorang yang sedang bermunajat atau sebagainya mengatakan"demi cintaku terhadapMU." Menandakan kecintaan yang mendalam kita kepada Allah swt.
Di sini penulis tak perlu huraikan, tetapi membawa cerita daripada kisah seorang hamba yang solehah..
Hazrat 'Ata rah. berkata, "Saya pergi ke sebuah pasar. Di sana seorang hamba perempuan yang dikatakan tidak siuman sedang dijual. Saya telah membelinya dengan bayaran tujuh dinar dan saya membawanya pulang ke rumah. Setelah sebahagian malam berlalu saya melihat dia bangun lalu berwuduk dan mengerjakan solah. Dia menangis dalam solahnya sehingga hampir tercabut nyawanya. Setelah selesai bersolah dia mula bermunajat, "Wahai Allah, demi cintaMU terhadapku, kasihanilah aku." Saya memberitahunya bahawa sepatutnya dia tidak berkata begitu. Bahkan hendaklah kamu berkata, "Demi cintaku terhadapMU..." Dia sangat marah setelah mendengar teguranku itu lantas berkata, "Demi Allah, jikalau Dia tidak mencintaiku maka Dia tidak akan membangunkan aku berdiri dan membiarkan kamu seronok tidur." Kemudian dia jatuh tersungkur dan membaca beberapa rangkap syair yang membawa maksud, "Kegelisahan semakain bertambah, kesabaran semakin hilang dan air mata terus berlinangan. Lantaran ridu, cinta dan gelisah yang tidak padam-padam bagaimana mungkin seorang itu akan tenang? Ya Allah, kalaulah ada sesuatu yang menggembirakan maka kurniakanlah kepadaku."
Dengan suara yang nyaring dia berdoa, "Ya Allah, selama ini hubungan aku denganMU masih tersembunyi tetapi tetapi sekarang telah diketahui orang. Oleh itu, Kembalikanlah aku kepadaMU." Setelah berkata sedemikian dia telah menjerit dengan kuat lalu meninggal dunia."Rasanya tak perlulah penulis huraikan,kerana inilah hakikat sebenar seorang hamba yang cintakan Allah swt.
Penulis sebenarnya amat tertarik dan lebih cenderung kepada kisah riwayat para sahabat, auliya' dan ulama' sufiyah untuk dijadikan panduan dan ikhtibar dalam kehidupan di muka bumi ini.
Pendekatan ini lebih menyucikan dan memelihara hati yang sentiasa memberontak ke arah cintakan dunia dan dari serangan hawa nafsu atau syaitan laknatullah.
Sedangkan kita, hanyalah seorang hamba yang kerdil lagi hina di sisi Allah swt...
Sumber rujukan :
1- Kisah 5 daripada Fadhilah Quran m/s93 dalam Kitab Fadhilat Amal
0 comments:
Post a Comment