Apakah Hukum Beriman dgn Tauhid yg 3??

23 April 2011

Tauhid yang 3 adalah :

1. Rububiyyah  2. Uluhiyyah  3. Asma' wa Sifat

Suatu ajaran baru yang muncul pada kurun ke6-7 oleh seorang Mujtahid Alim Allamah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah R.A dan diperjuangkan oleh anak muridnya sedangkan ianya ditolak secara keras oleh Para Alim Ulamak dari 4 Mazhab yang besar..

Sehingga pada kurun11-12 muncul semula ajaran ini yang diteruskan oleh Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab R.A. dan menjadi pegangan aqidah bagi Golongan Khawarij (Wahabi, Salafiah, Ansorul Sunnah dll)..

Apakah yang telah dilakukan oleh golongan Salafiah di Bumi Mesir baru-baru ini?? (adam-hawa)

1. Tauhid Rububyyah/Tauhid Orang Musyrik.

Tauhid Rububiyyah ini diterima oleh seluruh insan di muka bumi ini kecuali golongan mulhid/atheis..

Orang-orang Musyrik bertauhid mereka dengan tauhid Rububiyyah dan mereka tidak bertauhid dengan Uluhiyyah kerana ia menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan untuk menghampirkan diri kepada Allah..

Bahkan mereka dari golongan Wahhabi mengatakan kaum Muslimin yang bertawassul dan beristighathah dengan Ambiya' dan Solehin serta bertabarruk adalah mereka itu Kuffar bahkan lebih kuffar dari Abu Lahab,Firaun dan Haman.

Dalam hal ini mereka mengatakan orang-orang Musyrik seperti Abu jahal dan Abu Lahab bertauhid Rububiyyah??

Dalam konteks Malaysia mereka kata orng-orang kafir di sini pun bertauhid Rububiyyah..Tauhid Rububiyyah dan pengertian sebagaimana fahaman golongan ini adalah sama sekali tidak masuk akal jauh lebih berrat kalau dipertimbangkan dengan dalil-dalil Al-Qur'an dan Al-Sunnah.

Adakah orang yang menyembah berhala yang dikenali sebagai Musyrik bertauhid Rububiyyah??
Bagaimana mungkin seseorang yang mensyirikkan Allah dianggap bertauhid??

2. Tauhid Uluhiyyah/Tauhid Orang Islam.

Tauhid yang dibawaoleh Rasullulah saw yang bersifat tulus kepada Allah dengan tidak melakukan perkara-perkara yang membawa kepada syirik seperti ziarah kubur, tawassul, istighasah, tabarruk (ambil berkat) dll.

Dengan kaedah ini sesiapa dari kalangan Muslimin yang melakukan amalan seperti yang disebutkan seperti di atas maka mereka dikategorikan bertauhid Rububiyyah. Tauhidnya tidak sah, darahnya halal dan hartanya boleh dijadikan ghanimah (harta rampasan perang).

Mereka menyamakan golongan Muusrik yang menyembah berhala dengan orang Islam yang menziarahi maqam Auliya', Solehin dan Anbiya'.

Kalau orang Musyrik menyembah berhala untuk sampai pada Tuhan yang sebenar maka apa bezanya dengan orang Islam yang datang berkunjung untuk mengambil berakah di Maqam Auliya' Solihin untuk sampai kepada Tuhan??

3. Tauhid Asma' wa Sifat/Aqidah Tasbih dan Tajsim (Menjisimkan/Menyerupakan)

Wajib beriman dengan sifat-sifat Allah sebagaimana Allah menyifatkan dirinya yang tersebut didalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Bila disebutkan seperti beberapa ayat didalam Al-Qur'an :

                 الرحمن على العرش استوى

Kita hendaklah beriman "Allah bersemayam di atas Arasy secara sebenar"

                يد الله فوق أيديهم

Kita hendaklah beriman "Allah memiliki tangan secara sebenar"

Bila disebutkan pula daripada potongan Hadith :

            ينزل ربنا - تبارك و تعالى - كل ليلة الى سمأ الدنيا

Kita hendaklah beriman bahawa "Allah Turun dengn Zatnya pada sepertiga malam secara sebenar"

Sikap mereka dalam memahami ayat-ayat yang seperti ini (mutasyabihat) terus mereka mengambil pengertian zahir ayat.

Demikianlah aqidah golongan ini yang pelik dan tak pernah di dengar dalam pengajian-pengajian yang diajarkan oleh "Tuan Guru-Tuan Guru" kita di tanah air mahupun di luar negara.

Apakah aqidah ini sebegini rupa sebagai aqidah Ahlu Salaf??

Sebenarnya pembahagian tauhid tiga tidak wujud dalam pengajian Ahli Sunnah wa Al Jamaah.

Kalau dilihat dalam kitab-kitab golongan ini seperti "Fatawa al Aqidah" oleh Uthaimin, "Kitab Al-tauhid" oleh Muhammad Abdul Wahab, "Kasyf Al-Syuahat" oleh Muhammad Abdul Wahab dan pendokong-pendokong faham ini di Malaysia pastinya akan ditemui pembahagian Tauhid yang semacam ini.

Pembahagian tauhid ini adalah yang direkacipta oleh seorang Mujtahid Alim Allamah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah R.A..

Ini dinyatakan oleh Al-Hemyari (Ketua Lujnah Fatwa, Emeriyyah Arab Bersatu) dalam kitabnya "Tashih Mafahim Al Aqadiyyah", yang mana beliau pembahagian ini adalah pembahagian yang BID'AH.

Juga Dr Omar Kamil menyebut dalam kertas kerja yang dibentang pada seminar Aqidah di Pahang Darul Makmur atas jemputan Menteri Besar Pahang di atas tajuk "Pembahagian Tauhid yang Tiga".

Begitu juga Dr Saed Ramdhan Buthi dalam seminar "Pengurusan Fatwa di Negar-Negara ASEAN (di Hotel Nikko dari 16-17 April 2005)" yang dianjurkan oleh KUIM/USIM, menyatakan dengan tegas  bahawa pembahagian ini adalah BID'AH.

Kalau diteliti pembahagian yang seumpama ini tidak wujud sama sekali dalam kitab-kitab pengajian yang menjadi pegangan para Ulma' Ahli Sunnah wa Jamaah.

Lihatlah kitab-kitab seperti "Matan Sanusiyyah", "Aqaid Al-Durriyah", "Kifayah Al-Awam", "Hud Hudy Syarqawi", "Jauharoh Tauhid" dan lain-lain daripada kitab-kitab yang berbahasa Arab, pastinya tidak kedapatan method yang seumpama ini.

Begitu juga kitab-kitab yang berbahasa Melayu seperti "Bidayah Al-Hidayah", terjemahan "Matan Jauharoh", "Miftah Al-Jannah", "Risalah Tauhid", "Usul Al-Tauhid", "Wird Al-Zawahir" dan lain-lain, pastinya juga tidak kedapatan pembahagian tauhid sebegini rupa.

Golongan ini mempersendekan Tauhid sifat 20. Mereka kata ini adalah Ilmu Tauhid yang telah diserapi dengan Falsafah Greek dan Yunani!! Mereka juga mempersoalkan 20 sifat bagi Allah SWT, mereka mengatakan : "Adakah Allah hanya bersifat dengan sifat 20 sahaja?"

Sedangkan sifat 20 ini adalah sesuatu yang telah ijma' para Ulama', sebagaimana yang telah disebut oleh dr Buthi dalam kitabnya "Kubra Al-Yaqiniyyat Al-Kauniyyah".

Cukup sekadar ini penjelasan ringkas yang mudah difahami berkaitan FITNAH yang sedang melanda Bumi Mesir setelah melepasi Revolution tetapi memberi ancaman kepada Para Ulama' Al-Azhar Asharif, semoga Allah swt merahmati dan melindungi para mujahid Ahli Sunnah wa Jamaah sedunia...


Sumber rujukan utama :

Penafian dan Jawapan kepada Tuduhan : SEMUA BID'AH ITU ADALAH DHOLALAH
Oleh Ustaz mahfuz Muhammad H.A.

0 comments:

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP