Ziarah teman Indonesia...

01 April 2010


Melawat Guru Bekam dan Penasihat Darul Hijamah

Ustaz Latif berasal daripada Madura Indonesia merupakan kenalan saya semenjak tahun 1 di Mesir
sebagai senior dan pendorong kuat dalam Gerakan Dakwah Islamiah..

Pada 17 Mac 2010 Hari Rabu, beliau bergegas ke Hospital Al-Rahman di Ro'si untuk mendapatkan rawatan mengenai penyakitnya yang semakin melarat dan memerlukan pembedahan segera..

Setelah berjumpa dengan seorang Doktor Ahmad Mustafa Toib bahawa pembedahan ini memerlukan perbelanjaan sebanyak LE5000, dan perlu membuat pembedahan pada Hari Rabu dengan segera..

Beliau terkejut dan merayu kepada Doktor tersebut bersama 3 rakannya bahawa tiada kemampuan untuk membayar sebanyak itu sedangkan penyakitnya semakin teruk..
Tetapi doktor tersebut tidak dapat membantu menyelesaikan masalah yang di hadapi melainkan mengurangkan pembayaran kepada LE3000 atau meminta bantuan ke hospital lain...

Beliau sebenarnya telah di sahkan menghidap penyakit Hernia atau lebih dikenali dengan "usus jatuh".
Beliau mendapati bahawa penyakit ini berpunca daripada sering mengangkat benda berat dan menaiki rumah
di imarah yang tinggi..

Beliau keluar dari bilik doktor tersebut untuk solat Zohor dan Asar di Masjid Al-Rahman serta menenangkan
fikiran yang bercelaru memikirkan kos pembedahan yang terlalu tinggi..

Setelah itu mereka tetap berusaha lagi pada hari Selasa dengan berjumpa terus kepada Mudir Am Hospital Ro'si untuk mendapatkan bantuan.
Setelah masuk dengan memberi salam serta meneruskan bicara dan maksud sebenar kedatangan mereka,
Mudir tersebut dengan rendah diri memahami keadaan beliau dan memberi satu surat Ta'syirah untuk mendapat rawatan pembedahan antara 2 hospital di Ro'si secara percuma (juga merupakan sumbangan daripada Jam'iah Syar'iah) pada hari Rabu bersamaan hari yang beliau janji dengan doktor pertama
(hospital Al-Rahman)..
Takdir telah menentukan segalanya bahawa beliau akan di bedah pada hari Rabu, dengan percuma atas ehsan mudir yang memahami..

Pada Hari Rabu, selepas solat Maghrib pembedahan pun bermula...Dengan kepakaran dan kecekapan doktor tersebut hanya menjalankan operasi pembedahan selama satu jam lebih sahaja bermula suntikan bius di tangan kanan pesakit..

Pada Hari Khamis, beliau boleh terus pulang dan di temani 3 rakan setia dengan menaiki teksi menuju ke rumahnya di Saqor Quraish,Musallas...
Beliau telah pun berumah-tangga dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad yang menunggu dengan penuh kesyukuran di rumah..



Pada 29 mac 2010 bersamaan Hari Isnin selepas Solat Isya' kami melawat beliau..
Walaupun telah hampir 2 minggu beliau selesai melalui pengalaman pahit, masih ramai yang berkunjung..


Sebelum kedatangan kami beliau telah selesai di kunjungi oleh teman-teman dari Indonesia dan masih ada 4 orang sahabat beliau dari Negara Uzbekistan..

Beliau memang dikenali dengan sikap yang peramah dan pemurah dengan layanan yang cukup ikram dan kemuliaan..
Beliau banyak menasihati kepada kami agar sentiasa mensyukuri nikmat kesihatan dan kelapangan untuk memperbanyakan
ibadat dan menimba ilmu yang bernilai di Ardul Kinanah yang tidak akan kita perolehi apabila pulang ke tanah air nanti..


kami mendoakan semoga Ustaz Abdul Laif bertambah sihat dan di berikan keampunan atas ujian yang menimpa atasnya..amin

0 comments:

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP