Khatam kitab usul fiqh...

31 March 2010



Khatam kitab Al-Wajiz Fi Usul Fiqh karangan Al-Fadhil Al-Ustaz Dr. Wahbah Zuhaily

Bersama Ustaz Faisal Surya

Pada 13 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 29 Mac 2010 Hari Isnin


Sahabat pengajian :


1- Ahmad Yazid Tanta
2- Muhd Zaini Tanta
3- U-Zack Tanta
4- Abdul Hakim motor
5- Ahmad Amiruddin Kereta
6- Ahmad Brunei
7- Marnawi Sauna
8- Abdul Mun'in Walidain

Kelas pengajian telah berlangsung selam 5 kali bermula sehingga pada 29 Mac 2010 telah menamatkan dengan bacaan harfin bi harfin.
Kelas ini merupakan inisiatif daripada saudara Zaini Tanta untuk mempelajaridan mendalami
ilmu Usul Fiqh daripada seorang pelajar lepasan Pakistan dan Ma'had Al-Fattah Syiria...



Kelebihan kitab ini :

Jalan perbincangan ilmu Usul terbahagi kepada 3 :

1- Toriqoh Mutakallimin (pandangan jumhur)
2- Toriqoh Hanafiah (pandangan ulama' mazhab hanafi)
3- Toriqoh Mutaakhirin (menggabunggkan kedua toriq)

Terdapat banyak kitab usul fiqh di pasaran yang dikarang ulama' yang menggabungkan 2 toriq,
tetapi Ustaz Faisal memilih kitab Al-Wajiz kerana penggunaan bahasa yang mudah di fahami dan ringkas
dengan berbentuk point....

Usul Fiqh merupakan antara ilmu yang susah kerana penggunaan istilah yang terlalu banyak, tetapi dlm
kitab ini diberikan istilah yang mudah difahami terus kepada makna asal.

Ia juga menerangkan perbezaan penggunaan kaedah dalam istinbad hukum yang tiada pada nas daripada pandangan 4 mazahib secara ringkas...

Mudah untuk memahami penggunaan kaedah tasyri' berdasarkan penerangan waqe' yang berlaku pada masa kini di kaitkan dengan sejarah keluarnya sesuatu syariat...

Membezakan penggunaan kaedah mengeluarkan hukum mengikut step yang betul dan sempurna dalam penerangan yang padat dengan dalil dan hujjah.

Ringkas mengenai Dr Wahbah Zuhaili :

Dilahirkan di Syiria pada tahun 1932 Masihi..
Mendapat gelaran Phd keluaran Jamiah Al-Kaherah dengan tesis " Athar Al-Harb Fil Fiqh Islami"
Sekarang merupakan Ketua Bahagian Fiqh Islami dan Perbandingan Mazhab di Jamiah Dimasq...
Penulis pernah bertemu dengan beliau buat pertama kali di Ma'rod Kutub pada tahun 2008..
Penulis juga pernah mengikuti pengajian beliau sebanyak 2 kali di Jame' Umawi, Dimasq, Syiria..
pada pertengahan tahun 2008 dengan Kitab Fiqh Muyassar Mazhab As-Syafie..

1 comments:

Barakah Travel said...

salam dari syarikat turath islami,menjual hardisk kitab, promosi selama 3 bulan, dengan harga istimewa le 950 ..anda jimat le 550 ..mklumat lnjut hubungi saya 011 6391176

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP