HARI KELUARGA DE CAFE'

07 April 2010

Pada 5 April 2010 - Hari Isnin, Ustaz Akmal selaku pengurus besar Restoran DE Cafe' memmbuat jaulah ke Ain Sukhna (sebelum Terusan Suez)  sempena Hari cuti Mesir iaitu Hari Nasim (pertukaran cuaca)...
Bayaran murah jer,, cuma LE20 - siap pegi ngan makan...



Perjalan mengambil masa selama hampir 3 jam...Kami seramai 15 orang bergerak menaiki sebuah Tranco (pemandu bernama Muhyiddin) dan sebuah kereta Matrix....

Berkumpul sejak jam 7 pagi dan membuat persiapan makanan seperti Nasi Goreng, sos, ayam untuk dibakar dan makanan ringan yang lain...
Tepat jam 8 pagi kami terus bertolak dari Restoran dengan bacaac doa selamat melalui Ustaz Alang...



Ustaz Alang meringankan tulangnya (walaupun badannya berat) untuk membantu menolak kereta orang tempatan yang rosak di pertengahan jalan...

Sepanjang perjalan juga sebenarnya terdapat banyak (dalam 6 buah) kenderaan yang tersadai di tepi jalan termasuk kereta, tranco dan bas kerana rosak....(kesian penumpang lain sebab panas gila)


Tepat jam 10.30 pagi kami tiba di tempat yang di tuju...Memang terlalu ramai manusia arab di sana memandangkan mereka juga ingin merehatkan diri sempena hari cuti Mesir...

 Mandi time...tapi aku tak mandi sebab sejuk la....
Sebenarnya jika dilihat pada keadaan asal, pemandangan Ain Sukhna ini amatlah cantik dengan dapat di lihat dari jauh air pantai kelihatan warna biru langit....
Seperti boleh lihat di link

 
Gelagat arab bersama alat muzik dan nyanyian yang amat membisingkan di sertakan joget mereka yang   menarik (pada diorang ajer la)...



Tempat kami berteduh setelah susah sangat nak cari tempat sebab terlalu ramai orang yang datang ke situ...
Mujur boleh sewa payung....

 Teknik timbusan pasir...Untuk kelihatan lebih macho..
(Ustaz Akmal di timbus pasir)
 
Bina Piramid....Tapi buat sorang-sorang, yang lain malas nak tolong..

Masak BBq...
Tak sabar nak makan nie...sedap beb..



Arab yang cari pasal ngan kitorang... yang peliknya apsal diorang nak alihkan kerusi mengadap kitorang....
Padahal sepatutnya pandang ke arah pantai bukan kitorang...
Yang buat kitorang angin sebab ada yang baling pasir time kitorang tengah bakar ayam...
Apalagi, bantai la ...Nasib baik tak dapat time sorang tu lari..(yg baling pasir)


Selesai masak,, apalagi bedal time la...
masa ni kitorang terpaksa berpindah daripada tempat tadi sebab dah 3 kali kitorang marah ngan arab,,
tapi diorang apa kisah ngan kitorang,,
last-last kitorang terpaksa mengalah sebab kalau nak gaduh pun confirm kitorang kalah sebab ramaia gila orang arab kat situ,, time diorang buat hal pun orang arab lain tak nak tolong...

 
Lepas makan,,kitorang wat mesyuarat ngan mehasabah sikit pasal prestasi kerja kat Restoren DE Cafe'..
Ini juga ucapan terakhir buat Ustaz Teguh (tukang masak 1) sebab beliau pun nak balik ke Indonesia ngan nak kahwin..( katanya dah lama rancang / dah tak tahan lagi).. Inshaallah akan datang ke Mesir lagi dengan membawa Isterinya..( orang Indonesia gak)
Katanya : "selama 4 tahun lebih jadi tukang masak / kerja, ni kali pertama dapat jaulah ngan sume pekerja ke luar dari kawasan kerja,,sebelum-sebelum ni hanya cakap kat meeting jer,,tapi tak buat,,tapi kali ni Alhamdulillah.."

Masa menunggu tranco...time ni memang dah ready sume nak balik...
waktu pun dah masuk asar...
Tapi kitorang jama' sebelum pulang dengan singgah kat Masjid Qotemiyah...
Semoga apa yang kami buat ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sesama kami walaupun berbeza negara tetapi kita asalnya pasa satu rumpun yang sama...

0 comments:

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP