Taj Mahal

12 January 2010



















Keagungan senibina Islam Taj Mahal :

     Taj Mahal yang terletak di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra,India,
  merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen
  peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Ia mula dibina pada 1632 dan siap 1648.


     Kadang kala Tak Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia
adalah contoh terbaik
  Senibina Mughal yang menggabungkan senibena Parsi, Turki , India dan dan gaya senibena
  Islam.Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan,
  taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan
  Taj Mahal sebagai Tapak Warisann Sedunia yang perlu dilindungi .
  Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'.

  Sejarah awal tercetusnya idea pembinaan :

     Pada tahun 1631, Shah Jahan, maharaja semasa kemuncak keagungan Dinasti Mughal, dilanda kesedihan apabila isteri ketiganya, Mumtaz Mahal,pada petang April meninggal dunia semasa melahirkan anak ke-14, Gauhara Begum ketika Shah Jahan berada di medan pertempuran pada tahun 1631 ketika itu Shah Jahan dalam peperangan bagi memperluaskan tanah jajahannya.
    
     Pembinaan Taj Mahal bermula pada tahun 1632, setahun selepas kematiannya.
  Pengarang istana mengenai kesedihan Shah Jahan menggambarkan cerita cinta sejat yang secara tradisi
  dianggap inspirasi kepada Taj Mahal.Mausoleum utama disiapkan pada tahun 1648 dan bangunan
  sekeliling dan taman disiapkan lima tahun berikutnya.
  Maharaja Shah Jahan sendiri menggambarkan Taj Mahal dalam perkataan berikut:

    "Sekiranya yang bersalah mencari perlindungan di sini,
     Seperti orang diampunkan, dia bebas dari dosa.
     Sekiranya orang yang berdosa mencari jalan ke rumah agama ini,
     Semua dosanya di masa lalu dibersihkan.
     Pandangan rumah agama ini mencipta keluhan kesedihan;
     Dan bulan dan matahari mengalirkan air mata.
     Di dunia ini bangunan ini telah dibina'
     Bagi menggambarkan keagungan Pencipta."

     Taj Mahal menggabungkan reka bentuk tradisi seni bina Persia dan seni bina
  Mughal awal. Inspirasi khusus datangnya dari Dinasti Timurid dan bangunan Mughal termasuk,
  Gur-e Amir (makam Timur, pengasas dinasti Mughal, di Samarkand), makam Humayun,
  Makam Itmad-Ud-Daulah (kadang-kala dikenali sebagai Bayi Taj), dan Masjid Jama Lauhari dari Turki,
  binaan Shah Jahan sendiri di Delhi. Sementara bangunan Mughal awal biasanya dibina dari batu
  pasir merah, Shah Jahan menganjurkan penggunaan marmar putih dihias dengan batu separa
  bernilai, dan bangunan di bawah naungannya mencapai tahap kehalusan seni baru.

  Siapakah yang bertanggungjawab mereka seni yang hebat ini?

  Taj Mahal telah dibina oleh sekumpulan penukang / kontraktor dari seluruh dunia:

  Shah Jahan memerintahkan Ustaz Ahmad mereka bentuk bangunan ini. Ustaz Ahmad telah
  mengumpulkan 20,000 orang pekerja yang terdiri daripada tukang batu, tukang emas,
  dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia.

    * Arkitek Turki bernama Ustaz Isa dan Isa Muhammad Effendi yang mendapat latihan di Otoman,Turki.
      Beliau pernah berguru dengan Koca Mimar Sinan Agha.
    * Puru dari Benarus, Parsi (Iran).
    * Kubah utama direka oleh Ismail Khan dari Empayar Ottoman.
    * Qazim Khan dari Lahore menghiasi kubah dengan emas.
    * Chiranjilal seorang pakar dari Delhi - ketua pengukir mozek.
    * Amanat Khan dari Shiraz, Iran merupakan ketua khatat . Namanya terukir pada pintu laluan utama.
    * Muhammad Hanif - penyelia
    * Mir Abdul Karim dan Mukkarimat Khan Shiraz, Iran - kewangan dan pembelian barangan.
    * Pengukir dari Bukhara.
    * Kaligrafi dari Syria dan Parsi.
    * Inlayer dari India Selatan.
    * Pemotong batu mozek / marmar dari Balochistan.
     
     Dengan bumbung, kubah dan menara yang diperbuat daripada marmar putih, serta seni mozek
  yang indah, Taj Mahal merupakan salah satu daripada Tujuh Benda Ajaib di dunia. Sebanyak 43
  jenis batu permata, termasuknya berlian, jed, kristal, topaz dan nilam telah digunakan.
  Pembinaan Taj Mahal menelan masa selama 22 tahun.
 

     Taman rekreasi seluas 300 meter X 300 meter dengan ,lorong-lorong hiasan bunga. Terdapat
  empat charbagh yang melambangkan empat sungai utama di India yang kononnya mengalir dari syurga.
 
     Seni khat Ayat dari al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf
  utama. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi.
  Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 91 , Surah 112 , Surah 89 , Surah 93 , Surah
  95 , Surah 94, Surah 36 , Surah 81 , Surah 82 , Surah 84 , Surah 98 , Surah 67 , Surah 48 ,
  Surah 77 dan Surah 39 .
                     
     Bahan binaan di bawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih
  dari Rajasthan. Permata dari Punjab. Jed dan hablur dari China. Firus dari Tibet .
  Lazuardi dari Afghanistan. Nilam dari Sri Lanka. Kamelian dari Arab.

     28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal.
  Kos pembinaan lebih 32 juta rupee(RM2.3juta). Kos ini tidaklah banyak ketika itu.

    Adakah arkitek dipancung?

    Apabila Taj Mahal siap dibina, Shah Jahan menjatuhkan hukuman pancung keatas arkitek
  Ustaz Ahmad Lauhari. Di samping itu, kesemua penukang yang terlibat dalam pembinaan
  bangunan itu dipotong tangan mereka supaya mereka tidak dapat membina bangunan yang
  menandingi Taj Mahal.Tetapi ianya hanyalah sekadar cerita kerana tidak ada bukti kezaliman
  tersebut berlaku.
 

    Menjadi tumpuan pelancongan :

    Jutaan pelancong datang ke Agra, India semata-mata mahu melihat satu daripada 7 benda
  ajaib di dunia.Bandar kecil seperti Taj Ganji atau Mumtazabad dibina bagi pembinaan bazar
  dan pasar serta medan caravan.

     2-3 juta pelancong datang setiap tahun dan 200,000 darinya pelancong asing terutama bulan
  Oktober, November dan Februari. Hon kereta tidak dibenarkan. Pelancong mestilah berjalan
  kaki dari tapak meletak kereta dan bas elektrik.


   Menarik di pada Taj Mahal :
   
   1- Salah satu daripada 7 benda ajaib dunia
   2- Kelihatan terlalu cerah dan berwarna putih bersinar pada waktu malam
   3- Teknologi hebat iaitu batu di tepi sepanjang sungai akan bercahaya apabila
      masuk senja dengan sendirinya.





Sumber :
1- Wikipedia
2- Tajmahal
3- Islamicity

0 comments:

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP