Majelis Al-Mawarits

08 January 2010



Pengenalan ilmu Al-Mawarits...

Firman Allah swt : "Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu...."
(Surah An-Nisa' 4 : Ayat 7,11,12,176)

Hadith : Di riwayatkan dari Abu Hurairah R.A telah bersabda Rasulullah S.A.W. :
"Pelajarilah ilmu faraidh (mirath) dan ajarkanlah ia kepada manusia, sesungguhnya ia sebahagian dari ilmu, dan ia adalah ilmu yang pertama akan dilupakan oleh manusia dan ia juga perkara pertama yang akan di tarik dari umatku".

Ilmu Mawarits merupakan suatu ilmu yang amat penting kepada umat islam setelah berlakunya kematian ahli kerabat,bemulanya dari pengurusan jenazah sehinggalah kepada pembahagian   harta warisan.

Mempelajari ilmu mawarits merupakan fardhu kifayah, berdasarkan hadith di atas
yang di riwayatkan oleh Abu Hurairah jelas menerangkan betapa pentingnya ilmu mawarits itu kepada umat islam.

Ahli fuqaha' telah bersepakat di dalam menyatakan ilmu mawarits yang telah di syariatkan, ia
telah di jelaskan di dalam sumber-sumber syariat islam. Dari sumber Al-Quran, As-Sunnah, Al-Ijmak dan dalil-dalil makkul (akal). 

Takrif ilmu mawarits :

Pada bahasa  : 1- Kekal iaitu segala harta warisan si mayit yang masih kekal
                            miliknya.
                       2- Berpindah iaitu berpindahnya harta si mayit kepada ahli
                            warits yang lebih berhak.

Pada istilah : Suatu kaedah fiqh dalam menentukan pengiraan yang telah di tetapkan untuk mengetahui daripadanya nisbah bagi setiap ahli waris ke atas harta peninggalan.


Kepentingan ilmu mawarits :

1- Suatu ilmu yang mulia dan terpenting dalam syariat islam.
2- Menguat dan memperkukuhkan hubungan kekeluargaan setelah kematian seseorang.
3- Menjadi ketetapan dalam pembahagian harta warisan yang sering menjadi pertelingkahan ahli waris.
4- Meninggikan syariat islam dengan mengetepikan kepentingan peribadi dan cintakan harta dunia yang bukan menjadi hak.

Antara hikmah ilmu mawarits ini :

1- Islam menjadikan kepada waris si mayit kerana menghormati hak individu seorang manusia.
2- Dijadikan setiap seorang kadar yang tertentu untuk mengelakkan terjadinya pergaduhan dan perselisihan faham sehingga membawa permusuhan sesama kaum kerabat.
3- Hak perempuan kurang daripada lelaki disebabkan lelaki adalah ketua bagi sesebuah keluarga dan bertanggungjawab pada keluarga tersebut.Maka syara' menetapkan bahawa lelaki mendapat lebih darida perempuan kerana ia memerlukan banyak duit(harta) bagi mengendalikan sesebuah keluarga.

Siapakah tokoh islam yang hebat mengenai ilmu mawarits :

Kalangan para sahabat ra. :

1- Saidina Zaid bin Thabit bin Al-Dhahak Al-Ansari Al-Kharaj daripada golongan
     Aus Al-Kharaj.
     Hadith : "Sealim-alim umatku dalam ilmu faraid ialah Zaid bin Thabit"
2- Saidina Ali bin Abu Thalib
3- Abdullah ibnu Abbas
4- Abdullah ibnu Mas'ud

Kalangan para tabiin ra. :

1- Said ibnu Al-Musayyib
2- Urwah ibnu Az-Zubair
3- Al-Qasim ibnu Muhammad
4- Kharijah ibnu Zaid
5- Abu Bakar ibnu Harith bin Hisyam
6- Sulaiman ibnu Yasar
7- Ubaidullah ibnu Abdullah bin Utbah bin Mas'ud

Kemudian dikembangkan oleh para tabi' tabiin, para mujtahidin al-mazahib dan terus para ulama' sehingga hari kiamat dengan menggunakan suber yang sama iaitu Al-Quran,Al-hadits dan ijma' para sahabat ra..

Apakah yang dibincangkan di dalam ilmu Al-Mawarits :


1- Sistem pewarisan dalam Islam
2- Ashhab Al-Irtsi
3- Ashhab Al-Furudh
4- Al-'Ashabah
5- Al-Hajb
6- Dzawi Arham
7- Hisab Al-Mirats
8- Al-Masail Al-Murakkabah
9- At-Taqdir wa Al-Ithtiyat

barulah perbincangan mengenai Al-Wasiat...


Akan bersambung....

Sumber rujukan :
1- Kitab Al-Mawarits kuliah Syariah Islamiah tahun 3,Kaherah
2- Fiqh Al-Manhaji jilid 5(terjemahan)
3- Nota daripada pembelajaran bersama Ustaz Muhammad Jabal AN
4- Pusaka dalam perspektif islam. Ustaz Mohamed Fauzi Abdul Aziz

0 comments:

GERANGAN SI HAMBA

My photo
Hamba seorang yg lowprofile. Tidak suka dipuji n pantang dikeji. Dibesarkan dalam keluarga sederhana di Kg Sijangkang. Terbang ke Al-Azhar demi mencari keredhaan Allah swt. Kuliah Syariah Islamiah, Kaherah, Mesir... +201122348388

Chat me on YM

HADIS NABAWI

"Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalah sesuatu yang tidak ada faedahnya, Pertama, ayat yang jelas. Kedua, sunnah Nabi saw yang ditegakkan(diamalkan).
Ketiga, kewajiban yang adil."
-HR Abu Daud-

"Perkataan hikmah itu adalah idaman orang yang beriman. Maka di mana sahaja ia menemukannya maka pasti ia akan mengambilnya".
-HR Tirmidzi-

Mari Belajar bahasa jawa

nyong - aku
riko - awak
kowe - kamu
ngko - engkau
kakang - kakak / abang
kakek - atuk
embah - nenek
bayu - makcik
barep - anak sulong
rigel - anak bongsu
sedulor - saudara
bater - kawan


- Moto Hidup -

"Lebih baik paksa orang masuk SYURGA, daripada mereka ikhlas masuk NERAKA".

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP